Hell-0 semua =,= . Welcome To My Not So Beautiful Blog . Anyway, i hope you like it and i love so much BIGBANG . Hope you so . Hahaha . Don't forget to follow . Assalamualaikum :)

Sunday 21 August 2011

~Sedarkah Kita?~



Penceramah berkata..


“Pelajar-pelajar sekalian tolong bantu saya. Saya ini seorang yang pelupa. Diminta untuk diingatkan kembali perkara-perkara penting ini.. Boleh anda semua bantu saya?”

“Boleh…”
Penceramah mula bertanyakan soalan..

“Pada tarikh apa ialah Hari Buruh atau Hari Pekerja yang kita cuti itu?”

“1 Mei..”

“Ooo 1 Mei ya.. Jika begitu, Hari Merdeka pula bila?”

“31 Ogos..”

“Ooo 31 Ogos… dan tahunnya kita merdeka?”

“1957!”

“Ooo 1957… Jika begitu Hari Malaysia pula bila?”

“16 September..!”

“Ooo 16 September.. Itu yang pasangan muda selalu sambut… Apa namanya hari itu?”

“Hari Valentine!”

“Haa… Valentine.. Berapa haribulan disambutnya?”

“14 Februari!”

“14 Februari ya? Bila pula tarikh sambutan Krismas?”

“25 Disember!”

“Ooo 25 Disember ya? Apa yang disambutnya hari itu?”

“Hari raya orang Kristian..”

“Ooo apa yang diraikan?”

“Kelahiran Jesus!”

“Ooo ye ke? Kalau macam itu, nabi Muhammad pula lahirnya pada berapa haribulan?”
“Err… tahun Gajah!”
“Ooo tahun Gajah.. tarikhnya?”
Kelihatan hanya sebahagian yang menjawab…

“12 Rabiulawal!”
“Ok, saya tukar soalan. Tarikh kita mula puasa tahun ini bila?”
“…….”
“Ok, tak apa… Saya tanya lagi.. hari ini bulan apa?”

“Mac…!”
“Ooo itu kalau ikut kalendar Romawi.. Jika kalender Hijrah, bulannya apa?”

“..Err….”

“Ok, saya tukar lagi soalan…Itu kumpulan penyanyi lelaki korea yang pandai menari itu apa nama apa?”

“Super Junior!!”

“Ooo Super Junior.. Anda kenal siapa Luqman al Hakim?”

“Taaaaak~”

“……”


P/s : Anak zaman sekarang… Agak-agaknya berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?
Jika anda minat entry ini, sila tekan Like dan Share di FB yer.

No comments:

Post a Comment