Hell-0 semua =,= . Welcome To My Not So Beautiful Blog . Anyway, i hope you like it and i love so much BIGBANG . Hope you so . Hahaha . Don't forget to follow . Assalamualaikum :)

Friday 26 August 2011

Kenali org sombong dan bongkak



Assalamualaikum . Hari ni nk jdik ustaz FK(Fadzilah Kamsah) sekejap . Renung-renugkan .
Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat  suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang   rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam as. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah SWT, lalu ia menempelak: “Mana boleh aku  bersujud  kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah SWT. Tercatat dalam  al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud  yang  ingin  memerangi  tuhan,  keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Sombong  yang  kedua  ialah  bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti  tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan  kehinaan  keturunan,  seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Begitu  juga  Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini:

PERTAMA, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila  ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada   pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang sombong seumpama  ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

KEDUAnya kerana  kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid  yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang  lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah  tersesat  daripada  mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jika  kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau  apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim  dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit  sombong. Oleh  itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

Perkara KETIGA yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan  keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang  lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

Perkara KEEMPAT menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

Sifat sombong KELIMA berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

KEENAM, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

Akhirnya yang KETUJUH kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana  ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada  pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Thursday 25 August 2011

Dengki??

harini aku just nak luahkan pendapat aku pasal dengki mendengki ni . aku pun taktau macam mana topik ni bole terpacol keluar daripada kepala otak aku ni but i think this is an interesting topic to discuss . bab dengki mendengki ni memang femes tahap gaban dikalangan rakyat Malaysia . bukan rakyat kita je, omputih kat luar sana pun suka mendengki jugak kannn .






biasanya orang akan dengki melihat kejayaan masing-masing . contoh ; Ali dapat pingat emas dalam acara buat cekodok tapi Abu kalah sebab pisang die dah busuk, Abu berasa dengki and start sebarkan fitnah yang Ali tukar pisang die dengan pisang busuk padahal sebaliknya . biasanya orang akan macam ni . setuju ? ada setengah orang dengki dengan seseorang tu dengan cara mendiamkan diri and buat muka nak kena penumbuk . ada setengahnye sebarkan fitnah atau cerita-cerita yang tak baik tentang orang tu .


kalau situasi dekat sekolah/kolej, biasanyala kan dengki sebab seseorang itu rapat dengan senior atau mamat/awek paling hensem/cantik kat sekolah/kolej. benda paling kecik pun nak dengki . then after that start la buat cerita and tarik muka . paling terok pun diorang akan pedajalkan orang tersebut . and situasi dekat blog, dengki sebab blog blogger tu cantik, comel, cun tapi blog sendiri macam taik ayam then jadi haters and what soo ever . bagi aku, tak perlu rasa dengki . aku tau lumrah la tu dengki mendengki ni but why not kita tengok kejayaan seseorang tu in positive way .




kalau kawan kita berjaya selalu dapat result gempak time exam , kita cabar diri kita untuk lawan die but in positive way lahh . kalau dengki smpai bile pun takleh dapat result gila gempak kann . kalau dari segi pergaulan dekat sekolah/kolej , rapat tak semestinye kita cuba kipas orang tu untuk dapatkan sesuatu atau untuk kepentingan orang tu . ada certain people yang suka berkawan tak kira dengan siapa pun, tak kira umur and bangsa and peramah gila nak mati la ( macam aku. hahaha PERASAN ) soo the first think yang kita kena fikir macam mana boleh rapat, apa yang menyebabkan boleh rapat AND kenal dengan orang tu . bak kata pepatah " DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER "



about blog, dulu aku pun suka dengki gak ngan diorang yang ada blog cecantik ni . tapi! aku usaha cantikkan blog aku sendiri . aku belajar baca HTML code yang memeningkan kepala tu and belajar edit pakai photoshop and all that . soo bila kita sendiri berjaya mencantikkan blog kita, kita akan rasa puas . puas sangat . kau edit blog dengan jari jemari kau sendiri tanpa bantuan orang lain . sooo there's no need to be dengki with other people. sekali sekala tak pe tapi jangan la sampai berterosan .. tak baik untuk kesihatan u olls . lagipun kalau setakat mende kecik tak yah la nak dengki bagai nak rak betul tak ? tapi betol la . takkan ada yang berhenti mendengki kat dunia ni . PEACE NO WAR!

Sunday 21 August 2011

~Sedarkah Kita?~



Penceramah berkata..


“Pelajar-pelajar sekalian tolong bantu saya. Saya ini seorang yang pelupa. Diminta untuk diingatkan kembali perkara-perkara penting ini.. Boleh anda semua bantu saya?”

“Boleh…”
Penceramah mula bertanyakan soalan..

“Pada tarikh apa ialah Hari Buruh atau Hari Pekerja yang kita cuti itu?”

“1 Mei..”

“Ooo 1 Mei ya.. Jika begitu, Hari Merdeka pula bila?”

“31 Ogos..”

“Ooo 31 Ogos… dan tahunnya kita merdeka?”

“1957!”

“Ooo 1957… Jika begitu Hari Malaysia pula bila?”

“16 September..!”

“Ooo 16 September.. Itu yang pasangan muda selalu sambut… Apa namanya hari itu?”

“Hari Valentine!”

“Haa… Valentine.. Berapa haribulan disambutnya?”

“14 Februari!”

“14 Februari ya? Bila pula tarikh sambutan Krismas?”

“25 Disember!”

“Ooo 25 Disember ya? Apa yang disambutnya hari itu?”

“Hari raya orang Kristian..”

“Ooo apa yang diraikan?”

“Kelahiran Jesus!”

“Ooo ye ke? Kalau macam itu, nabi Muhammad pula lahirnya pada berapa haribulan?”
“Err… tahun Gajah!”
“Ooo tahun Gajah.. tarikhnya?”
Kelihatan hanya sebahagian yang menjawab…

“12 Rabiulawal!”
“Ok, saya tukar soalan. Tarikh kita mula puasa tahun ini bila?”
“…….”
“Ok, tak apa… Saya tanya lagi.. hari ini bulan apa?”

“Mac…!”
“Ooo itu kalau ikut kalendar Romawi.. Jika kalender Hijrah, bulannya apa?”

“..Err….”

“Ok, saya tukar lagi soalan…Itu kumpulan penyanyi lelaki korea yang pandai menari itu apa nama apa?”

“Super Junior!!”

“Ooo Super Junior.. Anda kenal siapa Luqman al Hakim?”

“Taaaaak~”

“……”


P/s : Anak zaman sekarang… Agak-agaknya berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?
Jika anda minat entry ini, sila tekan Like dan Share di FB yer.

Version 2

Facebook chat versi baru agak menjengkelkan. Rasa macam tidak mesra pengguna pula. Dan rasanya memang tidak mesra pengguna pun, sebab tu aku tak suka paparan chat versi baru ini.

Oleh sebab tu, aku bertukar kepada chat versi lama. Aku rasa korang pun tidak suka kan versi yang baru ni, kalau suka sila bagitahu sebabnya.:)




Ok, untuk kali ini aku hendak kongsi 2 addons yang boleh jadikan facebook korang kepada versi lama. Addons untuk pengguna firefox dan juga pengguna google chrome.